Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    179,000 dipindahkan susulan kebakaran hutan di Los Angeles

    WASHINGTON, 10 JAN – Kebakaran hutan paling dahsyat dalam sejarah Los Angeles kelmarin telah memusnahkan lebih 54 batu persegi kawasan, meranapkan ribuan struktur dan mengorbankan kira-kira lima nyawa, lapor United Press International (UPI).

    Lebih 179,000 penduduk berada di bawah perintah pemindahan setakat petang kelmarin, sementara ramalan cuaca melanjutkan amaran merah sehingga 6 petang waktu tempatan (PST) hari ini di daerah Los Angeles dan Ventura.  

    Menurut CBS News, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan meramalkan angin Santa Ana berkelajuan sehingga 55 batu sejam dengan tiupan angin sehingga 70 batu sejam akan terus menyemarakkan api sepanjang malam hingga hari ini.  

    Kebakaran Palisades, Eaton dan Sunset membebankan pasukan bomba yang bekerja keras untuk mengawal kebakaran.

    Keadaan darurat masih berkuat kuasa di bandar dan daerah Los Angeles, dengan semua sekolah di kawasan itu ditutup dan kualiti udara tidak sihat turut menjejaskan kawasan lain.

    Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden meluluskan perisytiharan bencana persekutuan untuk California pada Rabu dan kelmarin mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan akan menanggung semua kos awal tindak balas bencana selama enam bulan akan datang, lapor ABC News.  

    “Kami bersama awda. Kami tidak akan ke mana-mana. Kepada anggota bomba dan penyelamat, awda adalah wira kami,” kata Biden kelmarin. – Bernama

    Air dijatuhkan dari helikopter di Kenneth Fire di bahagian West Hills di Los Angeles pada 9 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda