Wednesday, July 16, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    18 anak yatim terima sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Seramai 18 orang anak yatim telah menerima sumbangan pada majlis penyampaian derma secara pandu lalu yang diadakan oleh Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Bengkurong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan sumbangan pada majlis yang berlangsung di perkarangan Masjid Kampung Bengkurong itu ialah Pemangku Penghulu Mukim Kilanas yang juga Ketua Kampung Bengkurong, Kampung Sinarubai dan Kampung Burong Lapas, Haji Talib bin Haji Abu Bakar.

    Sumbangan berkenaan dikumpulkan daripada para penduduk sekitar Kampung Bengkurong, Kampung Sinarubai dan Kampung Burong Lapas, jemaah Masjid Kampung Bengkurong dan orang ramai.

    Haji Talib menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim yang berada di dalam kereta.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda