Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    18 cedera pesawat tersasar ketika mendarat

    YANGON, 9 Mei – Sekurang-kurangnya 18 orang termasuk lima anak kapal cedera selepas pesawat penumpang Biman Bangladesh tersasar daripada landasan, ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon (YIA) kelmarin, kata Jabatan Penerbangan Awam Myanmar, lapor agensi berita Xinhua.

    Insiden membabitkan penerbangan Biman No. BG-60 dari Dhaka ke Yangon yang membawa 28 penumpang itu, berlaku 6.50 petang waktu tempatan (1220 GMT).

    “Sekurang-kurangnya 16 orang termasuk juruterbang cedera di kepala dan dihantar ke Hospital Besar Okkalapa Utara,” kata pengerusi Shweyaung Thamaing, Pertubuhan Kecemasan dan Pertahanan Sosial, Zwe Yan Naing.

    Menurut kenyataan Yangon Aerodrome Company Limited, pengendali YIA, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan jarak penglihatan terhad.

    Landasan dibuka semula dua jam kemudian. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda