Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

18 maut, 35 cedera dalam nahas jalan raya

-

NEW DELHI, 28 NOV – Sekurang-kurangnya 18 orang terkorban manakala lima lagi cedera selepas kenderaan yang mereka naiki merempuh sebuah trak sarat dengan muatan batu, di Bengal Barat, timur India.

Nahas itu berlaku lewat malam Sabtu di kawasan Phulbari, daerah Nadia, kira-kira 164 kilometer di utara Kolkata, ibu negara kota Bengal Barat, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pegawai polis berkata siasatan awal mendapati kenderaan itu dipandu secara melulu dan terdapat kabus tebal di kawasan itu.

Kira-kira 150,000 orang terbunuh setiap tahun akibat nahas jalan raya di India.

Kerajaan India menetapkan sasaran mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya sebanyak 50 peratus menjelang 2024. – Bernama

 

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -