Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    18 pegawai dan kakitangan sertai Kursus Marsyal Bomba

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 DIS – Seramai 18 orang pegawai dan kakitangan dari Rentokil Initial Sdn Bhd telah mengikuti Kursus Marsyal Bomba yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi ‘A’ Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), yang diadakan di Balai Bomba Bandar Seri Begawan, baru-baru ini.

    Menerusi kursus berkenaan, para peserta berpeluang mendengarkan mengenai sebab dan punca berlakunya kebakaran, mengetahui tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik.

    Secara umum kursus berkenaan mendedahkan mengenai tatacara penggunaan alat pemadam api dengan betul, dan tatacara untuk menyelamatkan diri dari terperangkap di dalam bangunan bila berlakunya kebakaran.

    JBP dalam kenyataannya lagi mengatakan bahawa jabatan berkenaan ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran.

    Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, orang ramai bolehlah menghubungi melalui talian kecemasan bomba 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    Para peserta diberikan tunjuk ajar mengenai tatacara betul penggunaan alat pemadam api.
    Wakil dari JBP dan para peserta bergambar ramai semasa kursus berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...