Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    18 pegawai polis dinaikkan pangkat

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Seramai 18 orang pegawai polis telah dinaikkan pangkat berkuat kuasa 4 Januari 2023 dan menerima pangkat masing-masing pada majlis kenaikan pangkat yang berlangsung di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat
    Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), hari ini.

    Hadir pada majlis itu ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali bersama pengiran datin.

    Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin bersama datin, pengarah-pengarah dan timbalan pengarah jabatan, pegawai-
    pegawai kanan, pegawai-pegawai dan ahli keluarga pegawai yang diraikan.

    Daripada jumlah pegawai berkenaan, seorang dinaikkan pangkat ke Penguasa Kanan Polis, seorang menjadi Penguasa Polis, seorang ke pangkat Timbalan Penguasa Polis, 10
    pegawai dinaikkan pangkat ke Pemangku Timbalan Penguasa Polis, dua menjadi Penolong Penguasa Polis, seorang menjadi Ketua Inspektor Polis dan dua dinaikkan ke pangkat Inspektor Kanan Polis.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh imam Surau Polis Gadong.

    Pesuruhjaya Polis bergambar ramai bersama pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...