18 Pemenang bertuah dipilih

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – GHK Motors Sdn Bhd, hari ini, telah mengadakan cabutan untuk memilih 18 pemenang bertuah bagi Promosi Raya Deals 2020 yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook.

Cabutan menyaksikan Awang Mohammad Muslim bin Maidin memenangi hadiah utama berupa wang tunai $8,000, Awang Mohammad Dailami bin Haji Daud memenangi $3,000 di tempat kedua dan hadiah ketiga berupa wang tunai $1,000 dimenangi Hajah Raneya Az-Zahraa @ Hajah Roziahwatie binti Haji Abdul Latif.

Sementara itu, 15 pemenang lain dipilih bagi memenangi hadiah sagu hati berupa wang tunai $200.

Hadir bagi mencabut nama pemenang-pemenang bertuah ialah Pengarah GHK Motors, Jake Goh dan Pengurus Besar Mitsubishi dan Perodua, Au Thien Kiong.

Para pemenang merupakan pelanggan yang telah membeli mana-mana model Mitsubishi dan Perodua dalam tempoh promosi bermula 1 Mac hingga 9 Mei lalu.

Dalam pada itu, GHK Motors dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Promosi Raya Deals 2020 dengan Duit Raya telah dilanjutkan sehingga 30 Jun depan yang juga boleh digunakan untuk diskaun apabila membeli mana-mana model Mitsubishi atau Perodua.

Au Thien Kiong ketika membuat cabutan bagi memilih salah seorang pemenang bertuah.
Jake Goh mendengarkan pengumuman nama pemenang hadiah utama semasa cabutan yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook.