Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    18 residen, penghuni KRK diraikan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Seramai 18 orang iaitu 11 lelaki dan tujuh perempuan, residen dan penghuni Kompleks Rumah Kebajikan (KRK) telah berjaya menamatkan pembacaan 30 Juzuk Al-Quran dan diraikan dalam majlis khatam
    Al-Quran secara maya melalui aplikasi Zoom, hari ini.

    Majlis bersempena dengan bulan Ramadan itu dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin yang memimpin bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan majlis.

    Antara tujuan majlis adalah untuk menyemarakkan bulan Ramadan dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat di samping untuk memantapkan mutu bacaan Al-Quran serta mendidik penghuni dan residen agar sentiasa membaca, mencintai dan mendengar Al-Quran sebagai amalan hidup seharian.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...