18 saudara baharu tamat kursus bimbingan

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 18 OGOS – Seramai 18 orang saudara baharu telah berjaya menamatkan Kursus Skim Bimbingan Lanjutan 2 bagi Saudara-saudara Baharu Lelaki siri ke-33 dan diraikan pada majlis penutup yang berlangsung di Dewan Pusat Dakwah Islamiah cawangan Daerah Belait, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Ugama, Daerah Belait, Haji Khairulizam bin Haji Jefrey yang dialu-alukan oleh Ketua Unit Dakwah Daerah Belait, Dayang Zikrinaidah binti Haji Mat Dikir.

Berjalan selama 14 hari, kursus bimbingan itu bertujuan untuk melengkapkan saudara-saudara baharu dengan pelbagai pengetahuan berkaitan agama Islam.

Pada majlis itu, tetamu kehormat turut menyampaikan plak khas kepada tiga peserta yang mencatatkan markah tertinggi dalam peperiksaan akhir kursus iaitu Awang Muhammad Ade Yusaire bin Abdullah Satur di tempat pertama, Awang Muhammad Zarif Ra’is bin Abdullah Adinin di tempat kedua dan Awang Muhammad Dzulkarnain Hamzah bin Abdullah Tingub di tempat ketiga.

Haji Khairulizam menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima.