Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    18 sertai Program JENESYS

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mac – Seramai 18 orang pelajar bersama lima orang guru pengawas berlepas ke Jepun bagi mengikuti Program Japan-East Asia Network Exchange for Student and Youths (JENESYS).

    Setiap tahun, Program JENESYS ini dianggarkan disertai lebih kurang 6,000 belia antarabangsa bagi meningkatkan kesefahaman dan persahabatan dengan belia-belia dan rakyat Jepun. Program JENESYS kali ini menumpukan kepada program pertukaran sukan ragbi sempena Piala Dunia Ragbi yang akan berlangsung di Jepun pada tahun 2019. Dan ia yang merupakan anjuran penuh pihak Jepun iaitu Japan International Cooperation Center (JICE) dan diuruskan bersama melalui Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam serta Kesatuan Ragbi Brunei.

    Selama lapan hari berada di Jepun, program pertukaran ragbi ini akan berlangsung di Shizuoka yang akan memuatkan pelbagai perkongsian info tentang peraturan sukan terutama sukan ragbi sebagai pengisian program.

    Para peserta bergambar ramai sebelum bertolak ke Jepun bagi mengikuti Program JENESYS. Setiap tahun program tersebut dianggarkan disertai oleh sekitar 6,000 belia antarabangsa.
    Para peserta bergambar ramai sebelum bertolak ke Jepun bagi mengikuti Program JENESYS. Setiap tahun program tersebut dianggarkan disertai oleh sekitar 6,000 belia antarabangsa.

    Di samping itu, peserta-peserta yang mengikuti program ini akan berpeluang mengadakan latihan bersama dan perlawanan persahabatan akan dijalankan di antara negara-negara yang menyertai program ini bagi menguji kefahaman mereka tentang sukan ragbi.

    Selain mempelajari sukan ragbi, di antara pengisian program ini juga akan membawa semua peserta melawat tempat-tempat kebudayaan seperti muzium bagi mengenali kebudayaaan dan cara hidup masyarakat Jepun dengan lebih dekat lagi.

    Program ini disokong sepenuhnya oleh pihak kedutaan Jepun di Brunei dengan harapan program ini akan secara berterusan memberi manfaat bagi merapatkan hubungan persahabatan dan kesefahaman di antara Brunei dan Jepun, terutama generasi belia.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda