Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    18 tamat Kursus Marsyal Bomba

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MEI – Seramai 18 orang anggota Polis Keselamatan Pulau Muara Besar berjaya menamatkan Kursus Marsyal Bomba yang berlangsung selama tiga hari di Balai Bomba Muara, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), kursus yang dijalankan pada 16 hingga 18 Mei lalu berkenaan dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi A, JBP.

    Dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, sebelum kursus dijalankan, para peserta kursus akan melakukan ujian pantas antigen (ART) sebagai langkah keselamatan dan mengamalkan penjarakan sosial berserta sentiasa mengutamakan pemakaian pelitup muka.

    Semasa kursus berkenaan, para peserta diberikan pendedahan kepada pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal mengenai sebab dan punca-punca berlakunya kebakaran, mengetahui tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat pengosongan bangunan secara bersistematik, tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul serta tatacara untuk menyelamatkan diri daripada terperangkap dalam bangunan apabila berlakunya kebakaran.

    Selain itu para peserta kursus juga turut mengadakan lawatan ke Balai Bomba Muara bagi mengenali perkakas-perkakas dan peralatan bomba.

    Peserta kursus ketika diberikan tunjuk cara penggunaan alat pemadam api dengan betul. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...