Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    18 tan makanan haiwan dari Singapura dirampas

    JOHOR BAHRU, 8 FEB – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor merampas 18 tan Fat Filled Milk Powder (Makanan Haiwan) dari Singapura bernilai RM47,000 selepas mendapati pihak pengimport menyediakan dokumen yang mengelirukan.

    Pengarah MAQIS Johor, Edie Putra Md Yusof berkata pihaknya menahan sebuah kontena yang membawa produk tersebut di laluan kargo import MAQIS, Bangunan Sultan Iskandar di sini pada pukul 1 tengah hari, semalam.

    “Hasil pemeriksaan oleh pegawai penguat kuasa MAQIS mendapati pihak pengimport telah menyediakan dokumen yang mengelirukan dengan maklumat pengilang pada label konsainan tidak sama dengan maklumat pengilang pada sijil kesihatan yang diisytihar.

    “Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta MAQIS 2011,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata MAQIS sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk negara bagi memastikan setiap keluaran pertanian termasuk tumbuhan, haiwan, karkas, ikan dan mikroorganisma import bebas daripada ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...