18 terkorban tanah susur lombong batu marmar

PESHAWAR, 8 SEPT – Sekurang-kurangnya 18 orang pelombong terbunuh dan berpuluh-puluh lagi masih terperangkap hari ini selepas tanah susur di lombong batu marmar di barat laut Pakistan, menurut kenyataan pegawai.

Batu besar marmar putih jatuh menghempap pekerja malam kelmarin di daerah pergunungan Mohmand di wilayah Khyber-Pakhtunkhwa, berhampiran sempadan Afghanistan.

“Setakat ini 18 mayat dan 20 orang yang tercedera telah dikeluarkan dari tanah susur di lombong batu marmar,” kata Muhammad Arif, menteri wilayah untuk pembangunan lombong dan mineral, kepada AFP.

Dia berkata misi penyelamat kira-kira 20 orang lagi pelombong yang masih dipercayai terperangkap di bawah timbunan runtuhan tersebut masih lagi diteruskan.

Buruh-buruh sering kali berehat di bawah kawasan gunung selepas beberapa jam bekerja.

Pegawai tertinggi dari daerah Mohmand, Hamid Iqbal, mengesahkan jumlah korban.

Pelombong Pakistan semenangnya dilihat sering kali mengabaikan taraf keselamatan.

Puluhan pelombong telah terkorban setiap tahun dalam insiden berbeza yang berkaitan dengan keselamatan.

Sekurang-kurangnya 43 orang pelombong terkorban di daerah Sorange di Balochistan pada 2011 akibat letupan lombong arang. – AFP