18 warga Indonesia positif COVID-19 di pantai timur Sabah sudah sembuh

TAWAU, 24 JUN – Lapan belas daripada 19 rakyat Indonesia di pantai timur Sabah yang disahkan positif COVID-19 telah sembuh sepenuhnya, kata Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia di Tawau, Sulistijo Djati Ismojo.

Beliau berkata, seorang lagi yang belum sembuh berusia 23 tahun sedang menjalani rawatan di Hospital Tawau dan sebelum ini ditahan di Pusat Tahanan Sementara di sini kerana memasuki Tawau secara haram.

“Daripada 19 rakyat Indonesia yang po-sitif COVID-19 itu, 18 daripadanya bekerja di Lahad Datu, Kunak, Semporna, Kalabakan, Tawau dan Sandakan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. – Bernama