Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    181 warga Afghanistan tiba di Belanda

    HAGUE, BELANDA, 13 JULAI – Sekumpulan 181 warga Afghanistan telah tiba di Belanda dengan penerbangan sewa dari Pakistan, kata kerajaan Belanda hari ini, kumpulan terbaharu yang berlepas ke tempat selamat selepas Taliban mengambil alih Afghanistan tahun lalu.

    Kebanyakan yang baru tiba kelmarin di lapangan terbang Eindhoven meninggalkan Afghanistan dengan menyeberangi sempadan darat ke Pakistan, di mana diplomat Belanda dan Organisasi Migrasi Antarabangsa membantu mereka sampai ke Islamabad.

    Kerajaan Belanda berkata warga Afghanistan tidak dapat meninggalkan negara mereka sebelum ini kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Pihak berkuasa Pakistan membenarkan mereka memasuki negara agar dapat berpindah ke Belanda.

    Pada awal tahun ini, kerajaan Pakistan membenarkan seramai 329 orang memasuki negara agar dapat berlepas ke Belanda. Negara-negara Eropah berjanji untuk memindahkan warga Afghanistan yang membantu diplomat Belanda dan anggota tentera sebelum Taliban mengambil alih, yang mencetuskan huru-hara mengakibatkan warga Afghanistan tergesa-gesa melarikan diri.

    Selain itu, kerajaan Belanda berkata hari ini berharap untuk memindahkan orang yang layak sebanyak mungkin secepatnya dari Afghanistan ke Pakistan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...