182 pesara Kementerian Pembangunan diraikan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Seramai 182 orang pesara dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang bersara pada 2020 diraikan dalam majlis penyampaian sijil penghargaan yang berlangsung di Dewan Bertabur, Kementerian Pembangunan, kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada para pesara yang diraikan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Turut hadir itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Pemangku Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) di Kementerian Pembangunan, Sr Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamed Salleh, ketua-ketua jabatan serta ketua-ketua divisyen dan uniti Kementerian Pembangunan.

Pada majlis berkenaan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada para pesara yang terdiri daripada 122 orang pesara lelaki dan 60 orang pesara perempuan.

Majlis itu merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pembangunan bagi menghargai jasa para pesara yang telah memberikan khidmat bakti sepanjang tempoh perkhidmatan mereka dengan kerajaan khususnya di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada para pesara yang diraikan di majlis yang berlangsung di Dewan Bertabur, Kementerian Pembangunan, baru-baru ini. – Gambar serahan Kementerian Pembangunan