1,821 kes baharu dalam 24 jam

JAKARTA, 17 OGOS – Kes positif COVID-19 di Indonesia berterusan meningkat kepada 141,370 kes, manakala 78,659 pesakit lagi masih dalam pemantauan virus itu.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 1,821 kes baharu disahkan di republik itu dalam tempoh 24 jam hingga 12 tengah hari ini.

Bagi tempoh itu juga, sebanyak 57 lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 6,207 orang. – Bernama