Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    18,301 kanak-kanak terima dos pertama di Sarawak

    KUCHING, 10 FEB – Sejumlah 18,301 orang atau 4.1 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun di Sarawak telah mendapat dos pertama vaksin COVID-19 setakat semalam.

    Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata angka itu menyumbang kepada 40 peratus jumlah keseluruhan kanak-kanak di negara ini yang telah mendapatkan suntikan dos pertama mereka.

    “Ini memberi semangat dan perangsang kepada negeri-negeri lain (untuk contohi Sarawak), kita perlu ikut jejak langkah Sarawak, melihat kepada kesungguhan, kerajinan, ketekunan dan fokus semua (rakyat) yang terlibat dalam program vaksinasi ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke pusat pemberian vaksin (PPV) Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di Klinik Kesihatan Batu Kawa di sini, hari ini.

    Dr Noor Azmi berkata Sarawak telah memulakan PICKids sejak 3 Feb lepas dengan 286,000 kanak-kanak layak divaksin atau 10.1 peratus daripada jumlah populasi di negeri itu. – Bernama

    Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (duduk, kanan) menyuntik vaksin COVID-19 seorang kanak-kanak ketika hadir melawat Pusat Pemberian Vaksin bagi Kanak-kanak di Pusat Kesihatan Batu Kawa semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...