19 bakal berdepan hukuman

DHAKA, 10 Okt – Mahkamah Bangladesh hari ini menjatuhi hukuman mati kepada 19 orang atas serangan bom tangan 2004 yang disasarkan ke atas perdana menteri pada masa ini dan pemimpin tertinggi pembangkang dihukum penjara seumur hidup.

Serangan di Dhaka semasa perhimpunan yang diadakan oleh Sheikh Hasina, yang ketika itu merupakan pembangkang dan kini perdana menteri, menyebabkan beliau cedera dan mengorbankan 20 orang.

Tarique Rahman, anak lelaki kepada Khaleda Zia, merupakan antara 49 orang yang dibicarakan di mana Rahman didakwa atas tuduhan jenayah konspirasi dan beberapa tuduhan membunuh.

Rahman, 50, tidak hadir dalam perbicaraan itu selepas keluar negara untuk pergi ke London pada 2008.

Beliau kini mengetuai kumpulan pembangkang utama Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) dari buangan selepas Zia dipenjara lima tahun akibat rasuah pada Februari lalu.

Lutfuzzaman Babar, salah seorang mantan menteri kabinet yang dijatuhi hukuman mati kelmarin. – AP

“Kami bersyukur dengan keputusan itu,” pendakwa Mosharraf Hossain memberitahu kepada para wartawan di tengah-tengah keselamatan diperketatkan.

“Kami berharap bahawa Tarique Rahman dihukum mati,” katanya dan menambah, pihak mahkamah membuat perhatian bahawa Rahman berperanan penting dalam serangan itu.

Menurut Hossain, dua mantan menteri termasuk bekas menteri dalam negeri dan dua bekas ketua agensi-agensi perisikan negara antara yang dijatuhi hukuman mati.

Sejumlah 15 ekstremis dari Harkat-ul Jihad al Islami turut dijatuhi hukuman mati atas kesalahan merancang dan melakukan serangan itu, di mana pemimpinnya dijatuhi hukuman mati pada April tahun lepas.

Pihak pendakwa berkata, bekas menteri BNP, Abdus Salam Pintu berkomplot bersama Hujl dan menyerahkan bom tangan itu untuk serangan itu. – AFP