19 gembala lembu ditembak mati

KANO, NIGERIA, 15 DIS – Pejuang jihad Boko Haram menembak mati 19 gembala lembu semalam di timur laut Nigeria, beritahu sumber militia awam dan penduduk kepada AFP hari ini.

Gembala etnik Fulani, dibelenggu beberapa siri serangan bersenjata yang menyasarkan lembu ternakan mereka, memburu Boko Haram, mencetuskan pertempuran sengit di luar kampung Fuhe, berhampiran Ngala dekat dengan sempadan Cameroon.

“Pemberontak membunuh 19 gembala dalam pertempuran,” beritahu ketua militia anti-jihad Umar Kachalla kepada AFP. Mayat gembala yang dibunuh dibawa kepada polis oleh anggota militia, kata Kachalla.

Gembala sebelum itu telah menangkis satu serangan oleh pejuang Boko Haram yang menyerang kampung untuk mencuri haiwan ternakan, membunuh salah seorang militan, kata Mada. Gembala seterusnya memutuskan untuk memburu pejuang jihad dan menentang mereka ‘untuk kali terakhir,’ kata Mada, namun mereka ditewaskan.

“Gembala ditewaskan oleh lelaki bersenjata Boko Haram,” kata beliau.

Pejuang jihad seterusnya kembali ke kampung Fuhe dan membakar rumah dan bekalan makanan sementara gembala melarikan diri, menurut penduduk Ngala Abubakar Yusuf, yang melihat mayat di balai polis. – AFP