Wednesday, June 7, 2023
33.6 C
Brunei

    -

    19 mati, 20 cedera akibat kemalangan

    BEIJING, 8 JAN – Seramai 19 orang maut dan 20 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di wilayah Jiangxi, timur China, hari ini, lapor media kerajaan.

    ‘Kemalangan jalan raya utama’ itu berlaku sejurus sebelum jam 1 pagi di daerah Nanchang, kata media setempat CCTV, memetik laporan media kerajaan.

    “Punca kemalangan masih dalam siasatan,” kata CCTV.

    Akhbar tempatan Jimu, yang bergabung dengan Hubei Daily Media Group milik kerajaan, melaporkan kemalangan tersebut berlaku apabila sebuah trak melanggar perarakan rombongan pengebumian.

    Orang ramai telah melakukan ritual ke atas orang mati di tepi jalan sebelum merancang untuk menuju ke tempat pembakaran mayat pada pagi Ahad, menurut seorang wanita tempatan bernama Deng kepada media.

    Seorang jururawat merawat orang yang cedera di hospital berikutan kemalangan jalan raya di Daerah Nanchang di wilayah Jiangxi, timur China, Ahad – AP

    Mangsa kemudian dilanggar oleh sebuah trak, menurut laporan itu, kebanyakan yang maut dan cedera adalah mereka yang menghadiri upacara tersebut.

    Seorang lagi lelaki tempatan, Gong, memberitahu media tersebut yang isterinya telah terbunuh dalam kemalangan tersebut dan mereka telah menghadiri upacara pengebumiannya.

    Trak tersebut tiba-tiba merempuh bahagian belakang barisan perarakan, merempuh perkumpulan tersebut sebelum akhirnya sampai ke kenderaan mayat, katanya. Kira-kira sejam selepas berita kemalangan tersebut, pihak polis trafik Daerah Nanchang mengeluarkan tip pemanduan keselamatan kepada pemandu-pemandu dengan mengatakan kawasan tersebut mengalami ‘cuaca berkabus’.

    “Jarak penglihatan di tahap rendah yang boleh menyebabkan risiko kemalangan jalan raya,” katanya.

    Bulan lalu, seorang maut semasa rempuhan di lebuh raya di tengah China yang melibatkan ratusan buah kenderaan yang disebabkan oleh tahap penglihatan yang rendah dalam cuaca berkabus.

    Dan pada September, 27 orang penumpang maut setelah bas yang mereka naiki menuju ke kawasan kuarantin di barat daya wilayah Guizhou terbalik di lebuh raya. Bulan lalu, seorang maut semasa pelanggaran bertindih lebuh raya di tengah China yang melibatkan ratusan kenderaan dan disebabkan oleh jarak penglihatan yang rendah dalam kabus.

    Dan pada September, 27 penumpang maut selepas bas yang membawa mereka ke kemudahan kuarantin di barat daya wilayah Guizhou terbalik di lebuh raya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -