Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    19 maut dalam dua kejadian tembakan di Afrika S

    JOHANNESBURG, 10 JULAI – Kejadian tembakan yang berlaku di dua tempat, satu berlaku di bandar berdekatan dengan Johannesburg dan satu lagi berlaku di timur Afrika Selatan, telah meragut 19 nyawa, menurut polis hari ini.

    Di Soweto, sebanyak 15 nyawa terkorban selepas mereka keluar berseronok pada waktu malam, menurut polis, serangan tersebut berlaku di teksi bas mini dan mula menembak secara rambang pada pelanggan kedai tersebut.

    Manakala itu, di timur bandar Pietermaritzburg, polis melaporkan empat individu terbunuh dan lapan tercedera semasa berlaku kekecohan selepas dua lelaki melepaskan tembakan secara rambang kepada pelanggan di kedai berkenaan. Menurut sumber polis, motif serangan masih terlalu awal untuk disimpulkan dalam menghubung kaitkan dua kejadian tetapi corak serangan tersebut memiliki kesamaan.

    Dalam kejadian bandar terbesar Johannesburg ke barat daya bandar ekonomik Afrika Selatan, polis dikejarkan ke tempat kejadian pada waktu selepas tengah malam. “Ketika kami sampai di tempat kejadian, 12 individu terbunuh dengan bekas tembakan,” kata pegawai polis tempatan, Nonhlanhla Kubheka kepada AFP. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...