Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    19 militan IS terbunuh

    ANKARA, 10 Jan – Seramai 19 pengganas kumpulan Islamic State (IS) terbunuh dan 367 sasaran milik pengganas telah diserang di Al-Bab utara Syria oleh operasi ketenteraan dalam 24 jam terakhir, Kakitangan Am Turki dalam kenyataannya hari ini.

    Menurut tentera Turki, 340 sasaran pengganas IS telah dimusnahkan termasuk tempat perlindungan, kedudukan pertahanan, kenderaan dan pusat arahan.

    Sementara itu, jet Turki menjalankan serangan udara terhadap 27 sasaran pengganas di Bab, Bzagah dan Suflaniyah, memusnahkan beberapa lagi pusat perlindungan dan kedudukan pertahanan.

    Sebanyak 2,821 peranti letupan dan 43 lombong telah dimusnahkan oleh letupan pasukan pelupusan Ordinan Turki sejak awal operasi sejak 24 Ogos lepas, kata tentera.

    Anggota tentera ketika menjalani operasi. Seramai 19 pengganas kumpulan Islamic State (IS) terbunuh dan 367 sasaran milik pengganas telah diserang di Al-Bab utara Syria. – AFP
    Anggota tentera ketika menjalani operasi. Seramai 19 pengganas kumpulan Islamic State (IS) terbunuh dan 367 sasaran milik pengganas telah diserang di Al-Bab utara Syria. – AFP

    Angkatan Tentera Turki melancarkan Operasi Efrat Ogos lalu terhadap kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan IS dan Unit Rakyat Perlindungan Kurdis Syria (YPG), sayap tentera Kurdis Demokratik Parti Kesatuan Syria (PYD).

    Turki menganggap YPG dan PYD sebagai pertubuhan pengganas kerana hubungan mereka dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda