19 pemandu diberi peringatan

Oleh Yusrin Junaidi

BELAIT, 5 FEB – Seramai 19 orang pemandu telah dikeluarkan notis peringatan polis dalam operasi sekatan jalan raya yang dijalankan di kawasan Jalan Tengah Seria, Panaga.

Sebanyak 27 pemeriksaan secara Stop and Search juga dilakukan dalam operasi itu yang melibatkan 14 orang anggota dari Ibu Pejabat Daerah Polis Belait dan seorang dari Balai Polis Panaga dengan diketuai oleh Sarjan Mejar 2978 Millie binti Damit.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), operasi bertujuan untuk memastikan para pengguna jalan raya mematuhi undang-undang jalan raya.

Anggota polis ketika menjalankan operasi sekatan jalan raya di kawasan Jalan Tengah Seria. – Gambar serahan PDB