Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    19 unit alat sukatan, timbangan gagal patuhi akta

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan SDT

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JULAI – Sebanyak 19 unit alat sukatan dan timbangan didapati gagal mematuhi Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151 oleh Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi semasa lawatan pemeriksaan mengejut di dua lokasi, kelmarin.

    Lawatan mengejut ke atas bangku dan meja jualan di Pasar Tani Kampung Selayun dan Pasar Ikan Gadong merupakan inisiatif berterusan bagi melindungi hak pengguna dan mempromosikan prinsip perniagaan yang telus.

    Semasa pemeriksaan itu, pemilik-pemilik alat sukatan dan timbangan yang telah dikeluarkan notis peringatan dikehendaki hadir ke Pejabat Unit SDT dalam tempoh tiga hari waktu bekerja dari tarikh notis dikeluarkan untuk memastikan alat-alat yang digunakan untuk perdagangan mematuhi akta berkenaan.

    Para pembeli dinasihatkan untuk memastikan alat-alat sukatan dan timbangan yang digunakan semasa aktiviti jual beli yang mana melibatkan bacaan tanda berat, isi padu, ukur panjang dan lebar, alat-alat berkenaan mempunyai pelekat pendaftaran yang dikeluarkan oleh Unit SDT.

    Unit berkenaan telah membuat pemeriksaan ke atas penggunaan alat-alat sukatan dan timbangan yang digunakan bagi tujuan perdagangan dan memastikan ia selaras dengan akta berkenaan.

    Sepertimana yang dinyatakan dalam Peraturan-peraturan (Penelitian) Alat-alat Sukatan dan Timbangan 1994, di bawah seksyen 3(2), setiap orang yang menggunakan atau ada pada miliknya untuk kegunaan perdagangan mana-mana timbangan, sukatan alat-alat untuk menimbang yang tidak dicap sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan ini adalah bersalah.

    Hukuman denda sebanyak $1,000 atau penjara selama tiga bulan atau kedua-duanya sekali akan dikenakan manakala itu, timbangan, sukatan atau alat untuk menimbang yang tersebut itu boleh dirampas dan sebarang kontrak, tawar-menawar, jualan atau urusan dagang yang dibuat dengan timbangan, sukatan atau alat untuk menimbang sedemikian adalah tidak sah.

    Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Unit SDT melalui e-mel sdt@mofe.gov.bn.

    Pemeriksaan mengejut ke atas bangku dan meja jualan di Pasar Ikan Gadong.
    Anggota penguat kuasa semasa menjalankan pemeriksaan di salah satu lokasi.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...