STOCKHOLM, 26 APRIL – Pegawai kesihatan Eropah berkata hari ini mereka belum menemui hubungan di antara kes wabak penyakit hati bermisteri dalam kanak-kanak.
Setakat ini, 190 kes hepatitis yang tidak diketahui asal-usulnya telah dilaporkan, 140 di antaranya di Eropah.
“Setakat ini tidak adanya hubungan di antara kes dan sejarah perjalanan,” kata Andrea Ammon, pengarah di Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah di Stockholm.
Beliau berkata penyakit itu muncul dalam kanak-kanak yang sihat sebelumnya, dengan kes dilaporkan di seluruh benua Eropah, di Israel dan Amerika Syarikat.
Ammon berkata sesetengah kes telah membawa kepada kerosakan hati yang memerlukan pemindahan.
Pada Sabtu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata sekurang-kurangnya satu kematian telah dilaporkan berhubung wabak itu. Agensi kesihatan PBB berkata kes dilaporkan dalam kanak-kanak berusia di antara satu bulan dan 16 tahun. WHO tidak berkata negara mana kematian berlaku.
Pakar berkata kes itu mungkin dikaitkan dengan virus yang biasanya dikaitkan dengan selesema, namun penyelidikan masih diteruskan. – AP