Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    190 sertai KB Beach Run

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 29 JAN – Seramai 190 pelari telah menyertai acara KB Beach Run anjuran Majlis Perundingan Kampung Kuala Belait dengan kerjasama AQ Race Timing System, KB Runner dan Positivesports.bn yang diadakan hari ini.

    Acara berkenaan bermula di Taman Rekreasi Jubli Perak, Kuala Belait, yang mana larian itu menyaksikan para peserta bersaing dan mengambil bahagian dalam tiga kategori berasingan. Ini termasuk Kategori Terbuka untuk lelaki dan perempuan serta Kategori Veteran untuk lelaki dan perempuan berumur 48 tahun ke atas yang mana kedua-dua kategori melengkapkan dua pusingan perjalanan yang dipetakan di laluan pantai sepanjang 15 kilometer.

    Selain itu, aktiviti Fun Run juga telah dijalankan di mana pelari yang mengambil bahagian dapat membuat larian sepanjang empat kilometer.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam Kategori Terbuka dan Veteran ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad selaku tetamu kehormat.

    Bagi Kategori Veteran Lelaki, Dave Salt mendapat tempat pertama diikuti oleh Kamalul Bahrin dan Abdul Kahir bin Abdullah Awang masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

    Manakala bagi Kategori Veteran Wanita menyaksikan Airince Liam menduduki tempat pertama, dengan Husna binti Abdullah dan Qimm Chin masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

    Sementara itu, Kategori Lelaki Terbuka menyaksikan David Patton menduduki tempat pertama dengan catatan masa 58:09.1 saat diikuti Ruzaini Mahadi dan Ettienne Coetzer masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

    Bagi Kategori Wanita Terbuka pula, Tho Siaw Khim mendapat tempat pertama, dengan Shazana dan Zida Abdullah masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

    Dalam pada itu, MPK berharap acara itu dapat membantu bagi mempromosikan lagi gaya hidup sihat, di samping mengetengahkan dan menghargai pemandangan dan persekitaran pantai, Taman Rekreasi Jubli Perak, dan kawasan sekitar Kuala Belait.

    Antara peserta yang menyertai acara berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...