DUBAI, 1 OKT – Ribuan orang melawat Ekspo Dubai 2020 pada hari pembukaan hari ini, dengan cuaca yang panas ketika pameran dunia yang ditangguhkan oleh COVID-19 itu akhirnya dibuka selepas lewat setahun.
Pengunjung berjalan-jalan atau menunggang basikal elektrik di sekitar kawasan pameran besar, yang telah dibina dengan kos sekitar AS$7 bilion di pinggiran padang pasir Dubai.
Ketika suhu mencecah 38 darjah Celsius, sistem maklumat robot memenuhi ruang pameran dan persembahan jet mengeluarkan asap berwarna di udara.
Dubai, salah satu daripada tujuh negara UAE, berharap dapat menarik berjuta-juta pelawat untuk meningkatkan profil dan kedudukannya selama enam bulan pameran tersebut.
Jumlah pelawat tidak tersedia pada hari pertama, tetapi orang ramai sudah kelihatan memenuhi pameran.
“Ini benar-benar menjadi kebanggaan bahawa Dubai mengadakan ekspo, yang merupakan salah satu acara global,” kata Aysha Hussein, seorang pelajar berusia 20 tahun dan warganegara UAE.
“Kami semua teruja dengan acara ini berjaya dilakukan.”
Sebanyak 192 negara seluruh dunia menyertai acara itu.
“Kami menantikan hari ini dan pembukaannya. Kami tidak sabar untuk melihat beberapa pertunjukkan” kata Sarah Cann, 34, seorang doktor haiwan Britain yang tinggal di Dubai. – AFP
