Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    1MBD: Hampir AS$670 juta dipindah ke akaun peribadi Najib 

    KUALA LUMPUR, 16 JUN – Seorang pegawai bank hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa hampir AS$670 juta dipindahkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak, melibatkan lima transaksi antara 2011 hingga 2013, termasuk dana daripada Putera Faisal Turkey Al-Saud.

    Pengurus Bahagian Unit SWIFT di Ambank (M) Berhad, Wedani Senen, 48, berkata kesemua transaksi itu melibatkan akaun bekas perdana menteri itu, berakhir dengan nombor 694.

    Saksi pendakwaan ke-29 itu berkata wang berjumlah AS$20 juta dimasukkan ke dalam akaun Najib bernombor 694 oleh Putera Faisal melalui dua transaksi pada 24 Feb 2011 dan 14 Jun 2011.

    Saksi itu juga mengesahkan bahawa pada 30 Okt 2012 dan 19 Nov 2012, sebanyak AS$4,999,988 dan AS$24,999,988 dipindahkan daripada Blackstone Asia Real Estate Partners (syarikat milik sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low iaitu Eric Tan) ke dalam akaun Najib.

    Mahkamah juga diberitahu bahawa AS$620 juta dipindahkan ke dalam akaun Najib daripada Tanore Finance Corp pada 22 Mac 2013.

    Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes Najib berhubung penyelewengan dana RM2.3 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

    Pada prosiding sebelah pagi, pakar undang-undang bagi Polisi Perniagaan di Unit Polisi Perniagaan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) Mohamed Fairudz Mohd Hanif, 38, mengesahkan bahawa dua syarikat iaitu Good Star Limited dan PetroSaudi International Limited (PSI) yang menerima dana sebanyak AS$1.83 bilion daripada 1MDB di antara 2009 dan 2011, masing-masing telah dibubarkan pada 2014 dan 2015. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...