Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    1MDB dapat kebenaran teruskan saman terhadap rakan sekutu Jho Low

    KUALA LUMPUR, 7 JUN – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan empat anak syarikatnya hari ini memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk meneruskan saman berjumlah AS$2.795 bilion terhadap rakan sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, iaitu Eric Tan Kim Loong, yang diisytiharkan muflis.

    Peguam Siva Kumar Kanagasabai, yang mewakili 1MDB berkata Penolong Kanan Pendaftar, Haneefa Ariffin membenarkan permohonan 1MDB, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Ltd, yang dahulunya dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited selaku pemohon pada prosiding kes itu hari ini.

    Siva Kumar berkata berikutan keputusan mahkamah hari ini, permohonan 1MDB untuk meneruskan tuntutan saman terhadap Tan boleh diteruskan walaupun beliau diisytiharkan muflis.

    “Apabila seseorang itu muflis, maka tindakan mahkamah tidak dapat diteruskan kecuali dengan kebenaran mahkamah dan kebenaran hari ini diperoleh anak guam saya,” katanya ketika dihubungi.

    1MDB bersama empat anak syarikatnya memfailkan permohonan itu pada 2 Mei lepas dengan menamakan Tan sebagai penghutang penghakiman dan kerajaan Malaysia sebagai pemiutang penghakiman.

    Dalam permohonan itu, kelima-lima syarikat tersebut memohon diberikan kebenaran untuk meneruskan saman terhadap Tan antaranya atas alasan berlakunya beberapa kausa tindakan termasuk pecah amanah, pelanggaran tugas fidusiari dan konspirasi yang kesemuanya berlaku sebelum Tan diisytiharkan bankrap pada 14 Jun 2022. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...