1MDB: Keputusan awal perbicaraan Najib esok

KUALA LUMPUR, 26 JULAI – Mahkamah Malaysia akan menjatuhkan keputusan dalam perbicaraan rasuah pertama terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak pada Selasa, selepas hampir 16 bulan siasatan terhadap Najib dijalankan berikutan dengan dakwaan dalam skandal 1MDB bernilai berbilion dolar.

Najib dan pegawai kanannya didakwa mencuri dana kekayaan negara 1Malaysia Development Berhad ketika memegang tampuk kerajaan yang sekali gus mengejutkan dunia.

Hasil dana yang dicuri didakwa digunakan untuk dilaburkan dalam filem Hollywood ‘The Wolf of Wall Street’, yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio, dan titan pelaburan AS Goldman Sachs juga terlibat dalam skandal itu.

Kemarahan masyarakat terhadap skandal itu telah mengakibatkan kekalahan Najib semasa pilihan raya dua tahun lalu selepas enam dekad memegang tampuk pemerintahan.

Dia kemudian ditangkap dan didakwa dengan puluhan tuduhan atas penipuan tersebut.

Najib kini menghadapi tiga perbicaraan berasingan yang berkaitan dengan 1MDB yang bakal menyaksikan keputusan mahkamah terhadap dakwaan tersebut minggu ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kes ini tertumpu pada pemindahan 42 juta ringgit (AS$9.9 juta) dari bekas unit 1MDB SRC International ke dalam akaun bank Najib. – AFP

Gambar fail pada 8 Ogos 2018 menunjukkan Najib tiba untuk perbicaraan di kompleks Mahkamah Duta di Kuala Lumpur. – AFP