Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    1MDB: SPRM siasat penglibatan beberapa individu di Kuwait

    KUALA LUMPUR, 4 SEPT – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat menjalankan siasatan berhubung isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap beberapa individu di Kuwait.

    SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama agensi penguat kuasa Kuwait sejak dua tahun lepas.

    “Ketika ini, SPRM masih menunggu keterangan daripada pihak di Kuwait yang dimohon menerusi Bantuan Perundangan Bersama dan perkara berkenaan masih lagi dalam kajian pihak Kuwait.

    “SPRM sebagai antara peneraju utama dalam usaha pemulihan aset menitikberatkan tindakan mendapat kembali aset dan wang yang hilang hasil penyelewengan 1MDB serta beberapa syarikat lain yang terlibat,” menurut kenyataan itu.

    Kenyataan itu memaklumkan setiap tindakan dengan kerjasama agensi penguat kuasa luar negara melibatkan aliran wang amat kompleks dan rumit.

    Selain itu, Pejabat Peguam Negara telah menolak sepenuhnya tawaran penyelesaian ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, kepada kerajaan Malaysia pada 16 Julai lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...