Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    1MINE terap ilmu keusahawanan

    KUALA LUMPUR, 23 Julai – Persatuan Rangkaian Usahawan India Malaysia (1MINE) sedang berusaha mempertingkatkan kesedaran masyarakat itu mengenai aspek keusahawanan, sejajar dengan matlamat memastikan 60 peratus daripada mereka dapat menceburi bidang perniagaan menjelang 2025.

    Presidennya, Datuk S.Gopinath  berkata majoriti masyarakat India masih ketinggalan berbanding kaum lain dalam ekonomi Malaysia dan berada dalam kelompok berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dengan pendapatan kurang RM3,900 sebulan.

    “Bagi mengeluarkan mereka daripada status itu, satu usaha bersepadu antara agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan diperlukan untuk membantu kumpulan ini menerusi pendidikan, mewujudkan peluang serta membantu mereka menyertai aktiviti ekonomi berpendapatan lebih tinggi,” katanya kepada Bernama di bengkel peluang perniagaan di Sri Lanka di sini.

    Gopinath berkata, 1MINE yang dilancarkan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada 2011, menyediakan platform rangkaian untuk usahawan India dan setakat ini telah mengendalikan 67 bengkel selain sesi perangkaian.

    Persatuan itu turut menganjurkan sekurang-kurangnya 12 bengkel pada setiap tahun yang turut diadakan di luar Lembah Klang, termasuk estet di pelbagai negeri demi memastikan ia merangkumi Kumpulan B40.

    Datuk S Gopinath ketika ditemubual pada Bengkel Mengenai Peluang Perniagaan di Sri Lanka, di Damansara Utama baru-baru ini. Persatuan itu sedang meningkatkan usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat India di negara itu untuk memulakan perniagaan di Sri Lanka yang dalam usaha mereka menjelang 2025. – Bernama
    Datuk S Gopinath ketika ditemubual pada Bengkel Mengenai Peluang Perniagaan di Sri Lanka, di Damansara Utama baru-baru ini. Persatuan itu sedang meningkatkan usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat India di negara itu untuk memulakan perniagaan di Sri Lanka yang dalam usaha mereka menjelang 2025. – Bernama

    1MINE juga terbabit dalam penganjuran kejohanan futsal kalangan belia India yang merupakan antara saluran untuk menerapkan elemen keusahawanan serta kaedah berkesan bagi menarik pembabitan mereka.

    Mengulas bengkel berkenaan, Gopinath berkata Sri Lanka menyediakan peluang perniagaan yang luas untuk perusahaan kecil dan sederhana Malaysia berikutan pertumbuhan ekonominya yang kukuh.

    Sementara itu, Kaunselor Komersial di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia, Sanjeewa Pattiwila berkata Malaysia merupakan pelabur terbesar di negara itu membabitkan pelaburan berjumlah lebih US$1.4 bllion setakat 2016.

    Menurutnya, struktur ekonomi Sri Lanka meliputi perkhidmatan sebanyak 57 peratus, perindustrian (27 peratus) dan pertanian (7.0 peratus). – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda