2.6 juta rakyat Thailand mendaftar

BANGKOK, 20 Feb – Lebih 2.6 juta orang telah mendaftar untuk mengundi awal manakala lebih 100,000 lagi sebagai pengundi luar negara, lapor Agensi Berita Thailand (TNA) memetik kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pendaftaran untuk mengundi awal berakhir semalam selepas ia bermula pada 28 Januari. SPR merumuskan bahawa sejumlah 2,632,935 orang telah mendaftar untuk mengundi awal.

Daripada jumlah itu, sebanyak 2,318,548 orang telah mendaftar secara online manakala bakinya mengemukakan permohonan di pejabat pendaftaran tempatan. – Bernama