Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    2.7 juta pelajar mulakan sesi persekolahan bersemuka

    IPOH, 21 MAC – Seramai 2.7 juta pelajar di seluruh Malaysia memulakan sesi persekolahan 2022/2023 secara bersemuka hari ini, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

    Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 2,674,104 adalah murid sekolah rendah, 30,853 lagi merupakan pelajar Tahun 2, 3 dan 4 Kolej Vokasional manakala pelajar sekolah menengah selebihnya mengikuti pembelajaran secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

    “Secara umumnya kehadiran baik iaitu melebihi 90 peratus. Walaupun ada anak belum divaksinasi, ibu bapa tidak risau anak datang ke sekolah,” katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Syed Idrus Kampung Kuang Hilir, Chemor di sini hari ini.

    Radzi berkata Kementerian Pendidikan (KPM) akan memantau sesi persekolahan bagi sekolah yang mempunyai lebih 600 murid sebelum membenarkan pelaksanaan kehadi-ran tanpa penggiliran seiring dengan keadaan negara yang akan memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April ini.

    “Kita tidak boleh tunggu kadar vaksinasi atau tetapkan kadar vaksinasi (tertentu) sebelum panggil murid hadir tanpa penggiliran kerana peratusan vaksinasi masih rendah, sebab itu sesi persekolahan hari ini akan dipantau bagi satu tempoh dahulu,” katanya.

    Dalam perkembangan lain, Radzi berkata KPM sedang mengkaji faktor para guru bersara awal sejak kebelakangan ini.

    “Kita sedang susun data ini dan akan melihat satu per satu faktor termasuk punca, umur guru dan berapa lama dalam karier sehingga buat keputusan untuk bersara awal,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...