2.8 tan sisik tenggiling Afrika dimusnahkan

PORT DICKSON, Malaysia, 6 Dis – Hari ini Malaysia telah memusnahkan hampir tiga tan sisik tenggiling, spesis terancam yang telah dirampas dan bernilai AS$9 juta, dalam usaha untuk menghalang penyeludupan hidupan liar dari Afrika.

Negara Asia Tenggara itu dalam usaha bertindak ke atas penyeludupan mamalia pemakan semut itu yang tersebar luas di sempadannya dan yang mana sisiknya amat berharga dalam perubatan tradisional Cina.

“Perampasan besar seumpama itu dan pembakarannya pasti tamparan hebat kepada sindiket penyeludupan,” Abdul Kadir Abu Hashim, ketua pengarah Jabatan Taman Negara dan Hidupan Liar memberitahu AFP. Kira-kira 3,000 ekor tenggiling mungkin telah dibunuh untuk mendapatkan 2.8 tan sisik, Abdul Kadir menganggarkan. Sisik-sisik itu dirampas oleh pegawai-pegawai kastam di Port Klang, Malaysia antara Mei dan September 2017. Bahagian haiwan itu tiba di dalam tiga penghantaran berasingan dari Ghana dan Cameroon dan telah menggunakan alamat palsu tempatan, menurut para pegawai.

“Pemeriksaan forensik ke atas sisik itu menunjukkan ia adalah dari spesis Afrika,” menurut Abdul Kadir. Sisik itu telah dibakar di kilang swasta pembuangan sisa di Port Cickson, Negeri Sembilan.

Sisik tenggiling yang dirampas itu lazimnya adalah untuk pasaran asing, yang mana sisik mentah tenggiling dijual untuk mendapatkan keuntungan besar dalam perubatan tradisional Cina. – AFP