2 bot Vietnam curi hasil laut

BINTULU, 22 JULAI – Cubaan sembilan nelayan Vietnam untuk mengelirukan pihak berkuasa menggunakan nombor pendaftaran palsu pada dua bot mereka gagal apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika sedang mencuri hasil laut di perairan negara, dekat sini, semalam.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Bintulu, Komander Maritim Effendy Mohamed Fadil, berkata bot berkenaan ditahan Kapal Maritim Stapa kira-kira 45 batu nautika dari barat laut Tanjung Kidurong, pada 11 pagi.

“Pemeriksaan ke atas kedua-dua bot mendapati semua sembilan nelayan yang berumur di antara 29 dan 46 tahun itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan sah selain tidak mempunyai lesen untuk memungut hasil laut di perairan negara (ini),” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. – Bernama