Oleh Hajah Saemah Kepli
SERIA, 10 Ogos – Seorang lelaki terpaksa dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba apabila tersepit di bahagian kaki di dalam keretanya berikutan kemalangan jalan raya yang melibatkan dua buah kenderaan di kawasan jalan berdekatan lampu isyarat Lebuh Raya Lumut, kira-kira 11:54 pagi tadi.
Mangsa berkenaan yang tidak sedarkan diri berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dalam masa kira-kira dua minit dan terus dikejarkan ke Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait menggunakan Ambulans Paramedik daripada Balai Bomba Seria yang telah diketuai oleh Ketua Perkhidmatan EMAS cawangan Daerah Belait, Haji Mohd Shahrin bin Haji Jumat bersama lima orang krunya. (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)