Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    2 cawangan baharu The Junction dilancarkan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Ghanim International Corporation Sdn Bhd (Ghanim) telah melancarkan cawangan keempat dan kelima The Junction, masing-masing di Kiarong Complex dan Gadong Central, Menglait, berikutan pelancaran di Armada Tungku pada April 2021.

    Francais kedai serbaneka The Junction ialah Program Keusahawanan Runcit yang merupakan inisiatif kerajaan untuk menggalakkan penyertaan tempatan dalam sektor runcit yang diuruskan oleh Ghanim di bawah seliaan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

    Hadir pada majlis pelancaran itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Ghanim, Dr Nur Rahman; Pengurus Kanan Strategi Perniagaan dan Pembangunan Ghanim, Dayang Fatin Arifin; dan pengendali-pengendali The Junction, Sia Jia Wei, Awang Mohd Herman Ardini bin Abdullah Garisu, Awang Ariyaazmi bin Ibrahim dan Haji Mohd Azim Rahuddin bin Abdullah serta tetamu jemputan yang lain.

    Dr Nur Rahman dipetik berkata, “Kami telah menerima sejumlah besar permohonan untuk program keusahawanan ini daripada orang ramai dan memandangkan perniagaan kembali normal selepas gelombang pandemik baru-baru ini, kami sedang berusaha untuk membuka lebih banyak kedai dalam beberapa bulan akan datang.”

    Jelas beliau, sebagai syarikat program, peranan mereka adalah untuk membantu pengendali dengan penyediaan, pembekalan barangan daripada pelbagai pembekal dan menyediakan sokongan latihan manakala pengendali menumpukan pada menguruskan perjalanan harian kedai. Model berkenaan diharapkan dapat menghapuskan halangan kepada operasi runcit.

    Dr Nur Rahman semasa meninjau salah sebuah cawangan The Junction.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...