Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    2 ditahan cuba seludup minuman keras

    Oleh Yusrin Junaidi

    TEMBURONG, 26 OGOS – Dua orang lelaki warganegara tempatan berumur dalam lingkungan 20 hingga 21 tahun telah ditahan di kawasan ladang kopi Kampung Negalang, Daerah Temburong selepas cuba menyeludup sejumlah 300 botol dan 192 tin minuman keras pelbagai jenama.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), penahanan dibuat semasa strategi rondaan dan pemantauan jenayah oleh keanggotaan Balai Polis Bangar, kelmarin.

    Kegiatan tersebut terbongkar apabila sebuah kenderaan yang melalui kawasan Pekan Bangar kelihatan mencurigakan dan pihak polis segera mengejar bagi menjalankan siasatan awal.

    Hasil siasatan yang dijalankan ke atas kenderaan tersebut telah menemukan beberapa kotak plastik hitam dipercayai barang tegahan iaitu minuman keras.

    Kenderaan, barang-barang mencurigakan dan kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Bangar bagi siasatan awal dan siasatan lanjut kes berkenaan diambil alih oleh Bahagian Penguatkuasaan Ugama (BPU) dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED).

    Kenyataan menekankan, PPDB dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang lain akan terus komited menjalankan usaha membanteras, merisik serta membuat pemantauan berterusan ke atas sebarang kegiatan jenayah yang berlaku berhampiran sempadan-sempadan Negara Brunei Darussalam.

    Minuman keras seludup ditemui dalam kenderaan berkenaan. – Gambar serahan PPDB

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...