Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    2 ditahan cuba seludup minuman keras

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Dua individu warganegara tempatan iaitu seorang lelaki berumur 46 tahun dan seorang wanita berusia 35 tahun telah ditahan kerana dipercayai cuba menyeludup masuk barang tegahan iaitu minuman keras di kawasan Kampung Negalang Unat, Daerah Temburong, pada 30 Mac lalu.

    Kejadian berlaku sekitar 10:11 pagi apabila keanggotaan detektif bersama peronda Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mendapati suspek memandu dalam keadaan yang mencurigakan.

    Hasil pemeriksaan awal ke atas kenderaan yang dipandu telah menemukan sejumlah bungkusan kotak plastik dipercayai barang tegahan iaitu minuman keras sebanyak 120 botol pelbagai jenis disorok di bahagian belakang kerusi serta di bahagian bonet belakang kenderaan.

    Kesemua barang tegahan dirampas dan kedua-dua individu terlibat dibawa Balai Polis Bangar dan seterusnya diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi peralihan siasatan.

    Pihak PPDB ingin menegaskan kepada orang ramai agar tidak terlibat dan terjerumus dengan apa jua kegiatan jenayah yang mendatangkan impak negatif dalam kehidupan seharian dan agensi penguatkuasaan undang-undang akan mengambil tindakan yang tegas untuk mengekang kegiatan jenayah ini daripada terus berleluasa.

    Bungkusan kotak plastik yang dipercayai barang tegahan iaitu minuman keras dirampas oleh pihak berkuasa.- Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...