BAITULMAQDIS, 24 MEI – Seorang penyerang menikam dua lelaki Israel sebelum ditembak mati oleh polis di sebuah stesen trem di Baitulmaqdis hari ini, kata polis Israel kepada AFP.
“Penyerangnya ditembak dan maut,” kata jurucakap polis, Micky Rosenfeld.
Serangan itu muncul dalam ketegangan ekoran perang 11 hari antara tentera Israel dan pejuang Gaza pemerintahan Hamas yang dicetuskan oleh bantahan dan pertempuran di Baitulmaqdis.
Pusat perubatan Hadassah berkata ia merawat dua lelaki berusia dalam 20an akibat cedera tikaman. Kedua-duanya dalam keadaan stabil dan seorang dikenali sebagai askar. – AFP