Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    2 editor pro-demokrasi didakwa

    HONG KONG, 30 DIS – Dua editor kanan syarikat media pro-demokrasi Hong Kong, Stand News didakwa dengan pertuduhan hasutan dan tidak dibenarkan jaminan hari ini, susulan serbuan yang mengundang kritikan antarabangsa atas tindakan keras China bagi kebebasan media di bandar itu.

    Kelmarin, polis menyerbu pejabat Stand News, merampas telefon, komputer, dokumen dan wang beribu-ribu dolar. Pemangku editor Patrick Lam dan bekas editor Chung Pui-kuen diberkas bersama lima yang lain. Hari ini, Lam dan Chung didakwa kerana ‘sama-sama berkonspirasi dan dengan orang lain, untuk menerbitkan dan/atau menghasilkan penerbitan menghasut,’ menurut fail mahkamah.

    Kedua-dua Lam dan Chung dinafikan jaminan, mencetuskan bisikan perbualan dan esakan tangisan dalam kalangan orang awam yang kebanyakannya bekas kakitangan Stand News.

    Kes mereka ditangguhkan sehingga 25 Februari depan.

    Empat yang lain – semuanya ahli lembaga New Stand yang meletak jawatan dalam Jun, termasuk penyanyi pop Denis Ho – dibebaskan dengan jaminan tanpa didakwa secara rasmi, menurut media tempatan. Seorang lagi, bekas editor Apple Daily, Chan Pui-man masih ditahan kerana berdepan dakwaan keselamatan kebangsaan dalam kes berasingan. – AFP

    Caps pix web editor – Denise Ho dibebaskan dengan ikat jaminan, antara warga media yang ditahan termasuk dua editor Stand News, Patrick Lam dan Chung Pui-kuen. –AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...