FRANKFURT AM MAIN, 20 Sept – Syarikat industri berat Jerman ThyssenKrupp dan kumpulan Tata, India bersetuju hari ini untuk menggabungkan operasi keluli mereka di Eropah, mencetuskan kerajaan-kerajaan dan persatuan bergelut untuk mencegah pengurangan kerja.
Sebaik perjanjian itu dimuktamadkan pada 2018, kedua-dua kumpulan berhasrat untuk menjimatkan kos efisien di antara 400 dan 600 juta euro (AS$480 hingga AS$720 juta) setahun dan mungkin membuang 4,000 pekerja dalam pengeluaran dan pentadbiran.
Gabungan itu akan mewujudkan pengilang keluli yang kedua terbesar di Eropah selepas ArcelorMittal, dijangka akan menghasilkan kira-kira 21 juta tan keluli setahun bagi jualan sekitar 15 bilion euro.
Kedua-dua pihak merancang usaha sama 50-50, dinamakan “ThyssenKrupp Tata Steel,” sebagai syarikat pegangan di Belanda dengan pengurusan bersama dan akan menggaji kira-kira 48,000 orang di seluruh 34 kawasan.
“Kami telah menemui penyelesaian Eropah bagi industri Eropah,” kata ketua eksekutif ThyssenKrupp, Heinrich Hiesinger memberitahu para wartawan.

Katanya, pengurangan kerja yang dirancang akan dikongsi sama rata dengan Tata, dengan ThyssenKrupp mengurangkan ribuan kerja dalam pengeluaran dan ribuan lagi dalam pentadbiran.
“Ini bukanlah jumlah yang baik dan ia tidak akan menjadi lebih baik jika kami kekal seperti sedia kala,” kata Hiesinger.
Gabungan itu muncul ketika Eropah dan AS sudah lama mengadu kebanjiran besar-besaran dalam pasaran keluli dunia mengakibatkan lebihan pengeluaran di China, dengan Washington melancarkan siasatan ke atas implikasi keselamatan negara bagi persaingan China.
“Industri keluli berdepan cabaran besar di Eropah selama bertahun-tahun,” menurut ThyssenKrupp, sebuah konglomerat industri yang produknya merangkumi mesin pengangkat hingga alat kereta dan kapal selam, berkata dalam satu kenyataan. – AFP