KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Kerajaan Arab Saudi dijangka menerima kira-kira dua juta jemaah dari seluruh dunia yang akan menunaikan ibadah haji di Tanah Suci tahun ini.
Pusat Komunikasi Antara-bangsa (CIC) Kementerian Kebudayaan dan Maklumat Kerajaan Arab Saudi berkata sehingga kini, seramai 1.497 juta jemaah sudah berkumpul di kota suci itu sebagai persediaan untuk mengerjakan rukun Islam kelima yang bermula 30 Ogos ini.
Menurut kenyataan CIC hari ini bilangan jemaah haji antarabangsa bertambah saban tahun daripada hanya 24,000 jemaah pada 1941 kepada 1.325 juta orang pada 2016.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)