2 juta kenderaan Suzuki ditarik balik

TOKYO, 18 April – Pengeluar kereta kecil di Jepun Suzuki telah mengumumkan penarikan balik dua juta kenderaan yang dihantar dalam negara, kerana mendapati pemeriksaan yang tidak betul dan kerosakan lain termasuk data kecekapan bahan api palsu.

Penarikan balik itu menjejaskan kenderaan yang berjalan selama empat tahun atau kurang yang belum menerima pemeriksaan rutin.

Suzuki mengakui bahawa pada minggu lepas, didapati telah menemui pelbagai masalah di kilang-kilangnya semasa membuat kajian penilaian, termasuk pemeriksaan brek yang rosak, data kecekapan bahan api yang palsu dan kakitangan yang tidak pasti menjalankan pemeriksaan akhir.

Penarikan balik itu dijangka menelan kos sekitar 80 bilion yen (AS$715 juta) dan turut memberi kesan kepada kenderaan yang dibuat oleh Suzuki dan kenderaan yang dihasilkan untuk Nissan, Mazda dan Mitsubishi. – AFP