Wednesday, February 8, 2023
22.3 C
Brunei

-

2 lelaki warga asing didenda hampir $30,000

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 DIS – Mahkamah Majistret di sini, hari ini telah menjatuhkan hukuman terhadap dua kes melibatkan lelaki Bangladesh yang mengaku bersalah melanggar Perintah Kastam dan Eksais.

Sha Alam, 39, diperintahkan untuk membayar denda $16,800 atau penjara 13 bulan jika gagal setelah didapati membawa 17 karton rokok seludup dalam sebuah kereta di kawasan letak kereta di Pasar Serbaneka Kuala Belait pada 4:35 petang, 1 Disember lalu.

Sementara itu, Masud, 46, diperintahkan untuk membayar $10,000 atau menjalani hukuman penjara selama 10 bulan setelah didapati menyimpan 10 karton rokok seludup di kuarters kerjanya di Kuala Belait pada pukul 5:35 petang hari yang sama.

Pendakwa raya kastam memaklumkan Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman bahawa kedua-dua lelaki itu ditahan hasil daripada operasi yang dijalankan oleh pegawai pencegahan kastam.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas Pesawat Boeing 737, 2 Juruterbang selamat

PERTH, AUSTRALIA, 7 FEB - Dua juruterbang terselamat, hanya cedera ringan selepas pesawat Boeing 737 yang dihantar untuk memadam kebakaran terhempas di Australia, kata...
- Advertisment -