Thursday, March 23, 2023
22.4 C
Brunei

-

2 mati ditembak di taman Los Angeles

LOS ANGELES, 25 Julai – Dua maut manakala lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah taman di Los Angeles pada petang Ahad, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa.

Anggota polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan berhampiran padang besbol di Peck Park, pada pukul 3:45 petang waktu tempatan, lapor Jabatan Polis Los Angeles.

Tujuh mangsa dikejarkan ke hospital tempatan, dan dua daripadanya disahkan meninggal dunia, menurut Jabatan Bomba Los Angeles.

Polis memaklumkan beberapa senjata api dijumpai di lokasi berkenaan dan dikategori sebagai bahan bukti.

Bilangan suspek yang terlibat masih belum diketahui, atau insiden itu membabitkan pertempuran antara kumpulan masih disiasat, menurut polis. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi, Putin puji era baharu hubungan

MOSCOW, 22 MAC - Pemimpin China dan Rusia memuji era baharu dalam hubungan mereka hari ini, mempamerkan perpaduan di Moscow ketika Vladimir Putin menuduh...
- Advertisment -