SYDNEY, 5 APRIL – Bapa dan anak lelaki berusia sembilan tahun dari sebuah keluarga meninggal dunia, manakala ibu dan seorang lagi anak lelakinya cedera parah ketika mereka terperangkap dalam tanah runtuh di Gunung Blue, Australia.
Tanah runtuh di laluan pejalan kaki di Wentworth Pass, sebuah destinasi pelancongan popular di pergunungan barat Sydney dilaporkan kepada perkhidmatan kecemasan pada jam 1:40 petang kelmarin.
Wanita berusia 50 tahun dan anak lelakinya, 14, dibawa menggunakan helikopter ke hospital Sydney selepas mengalami kecederaan kepala dan abdomen.
Mereka masih dalam keadaan kritikal hari ini, Ketua Pemangku Superitenden Ambulan New South Wales, Stewart Clarke memberitahu program Today di saluran Nine Network.
Paramedik turut mengeluarkan remaja perempuan dari kawasan kejadian dan dirawat kerana kejutan. Polis mengatakan keluarga dari Britian itu sedang bercuti di negara itu ketika kejadian berlaku. – AP