Thursday, September 28, 2023
25.9 C
Brunei

    -

    2 maut, 2 hilang insiden rempuhan kapal di Belanda

    THE HAGUE, BELANDA, 21 OKT – Sebuah teksi air dan sebuah feri bertembung di Laut Wadden berhampiran pulau Terschelling di barat laut Belanda awal hari ini, menyebabkan dua orang maut dan dua hilang, kata perkhidmatan kecemasan.

    Feri tersebut membawa 27 penumpang dan anak kapal manakala terdapat lapan penumpang di atas teksi air tersebut, yang tercampak ke dalam air akibat perlanggaran itu, kata pihak berkuasa. Penumpang di atas feri itu dibawa ke pelabuhan tanah besar Harlingen, 115 kilometer di utara Amsterdam.

    “Semua pihak sedang mencari penumpang yang hilang,” kata jurucakap Wilayah Keselamatan Friesland Jan Willem Zwart dalam temu bual telefon. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kim gesa pengeluaran senjata nuklear lebih besar

    PYONGYANG, 28 SEPT - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa peningkatan eksponen dalam pengeluaran senjata nuklear dan agar negaranya memainkan peranan yang lebih...